Monday, 25 June 2012

MACAM-MACAM CERITA BERMULA


Rasanya lebih baik kalau aku menggunakan perkataan dan cara menaip yang betul dalam penulisan ini.. tapi Nampak macam serius sangat la pulak.. erhm.. ikut suka la.. mana sempat itu la yang keluar... kenapa mesti ada ‘LA’ untuk semua ayat.. -____- makin lama menaip makin tak faham macam mana nak tulis dengan betul..

Malam ini entahh kenapa rasa macam sunyi dan gelisah je.. aku malas sebenarnya nak layan perasaan ni.. tpi nak buat macam mana. Hari demi hari yang aku lalui rasa macam makin pudar je.. aku rasa mungkin terlalu banyak berhutang dengan Allah..  sebab tu apa yang aku nak sudah ditarik demi untuk melangsaikan hutang.. tapi ak tetap bersyukur.. apa yang ditarik hakikatnya membuatkan hidup aku lagi terjaga dalam lingkungan rahmat-Nya.. orang yang aku sayang menjauhkan diri dari aku tanpa sebab... jauh dari sudut hati aku ak tertanya-tanya kenapa dia buat macam ni kat aku.. tapi dari sudut positif, mungkin dia menjaga setelah apa yang aku pesan kat dia haritu..(semasa aku type ni duk ada sorang kawan duk kaco ak kat fb.. annoying gila la.. -___- sabar je la.. ak malas btul la nak layan) takpelah macam ni.. sekurang-kurangnya aku perlu berlajar untuk bersangka baik. Kalo dia mmg untuk aku buat apa aku nak berlari mengejar dia..  

Seterusnya, sem 1 2012/2013 baru seminggu bermula.. aku sebenarnya masih dalam mood cuti. Dan mood mencari duit poket.. bila dapa duit banyak mula la nak fikir kerja ja.. padahal malas gila nak pegi kerja.. tapi alah bisa,tegal biasa.. 19 hari kerja sewaktu cuti masyuk rm 700.. memang best la kan..(ayat ‘LA’ sudah masuk) tapi nak buat macam mana.. cuti sudah habis bro.. dengan hati yang berat.. mak tolong packing beg.. -___- masuklah semua ke CFS sebagai 2nd year student.. sem ni aku mengambil empat subjek sahaja.. computer 2,physics 2, understanding Islam, dan mathematics 3.. semoga sem ni aku dapat buat yang terbaik. ( tapi mcam x je.. keje berlambak x buat pun.. duk menulis kat sini je..) Insyaallah.. aku perlukan semangat dari luar dan dalam.. Allag gerakkanlah hati, seluruh anggota dan jiwaku ya Allah.. tunjukkanlah aku jalan yang lurus..

Dan hari ini bertarikh 24/6/2012.. UIA ditimpa masalah tiada bekalan air.. semua mahallah mengalami masalah ini.. macam mana nak pegi kelas esok? -___- masing2 memandang antara satu sama lain.. takkan la nak pegi kelas tak mandi.. lelaki boleh tahan lagi perempuan macam mana la nasib diorang.. memang esok macam bau perfume yang kuat akan dihasilkan.. hopefully cancel je la semua kelas esok.. kan senang.. tapi ak berani jamin la replace balik semua.. lagi masalah macam tu.. erhm masalah move in one cycle..

Setelah lama x update blog.. saja la tergatal la pulak tangan nak menaip malam ni.. dan inilah yang terhasil..
-______- macam mana nak mandi ni????