Rasanya lebih baik kalau aku menggunakan perkataan dan cara
menaip yang betul dalam penulisan ini.. tapi Nampak macam serius sangat la
pulak.. erhm.. ikut suka la.. mana sempat itu la yang keluar... kenapa mesti
ada ‘LA’ untuk semua ayat.. -____- makin lama menaip makin tak faham macam mana
nak tulis dengan betul..
Malam ini entahh kenapa rasa macam sunyi dan gelisah je.. aku malas
sebenarnya nak layan perasaan ni.. tpi nak buat macam mana. Hari demi hari yang
aku lalui rasa macam makin pudar je.. aku rasa mungkin terlalu banyak berhutang
dengan Allah.. sebab tu apa yang aku nak
sudah ditarik demi untuk melangsaikan hutang.. tapi ak tetap bersyukur.. apa
yang ditarik hakikatnya membuatkan hidup aku lagi terjaga dalam lingkungan
rahmat-Nya.. orang yang aku sayang menjauhkan diri dari aku tanpa sebab... jauh
dari sudut hati aku ak tertanya-tanya kenapa dia buat macam ni kat aku.. tapi
dari sudut positif, mungkin dia menjaga setelah apa yang aku pesan kat dia
haritu..(semasa aku type ni duk ada sorang kawan duk kaco ak kat fb.. annoying
gila la.. -___- sabar je la.. ak malas btul la nak layan) takpelah macam ni..
sekurang-kurangnya aku perlu berlajar untuk bersangka baik. Kalo dia mmg untuk
aku buat apa aku nak berlari mengejar dia..
Seterusnya, sem 1 2012/2013 baru seminggu bermula.. aku
sebenarnya masih dalam mood cuti. Dan mood mencari duit poket.. bila dapa duit
banyak mula la nak fikir kerja ja.. padahal malas gila nak pegi kerja.. tapi
alah bisa,tegal biasa.. 19 hari kerja sewaktu cuti masyuk rm 700.. memang best
la kan..(ayat ‘LA’ sudah masuk) tapi nak buat macam mana.. cuti sudah habis
bro.. dengan hati yang berat.. mak tolong packing beg.. -___- masuklah semua ke
CFS sebagai 2nd year student.. sem ni aku mengambil empat subjek
sahaja.. computer 2,physics 2, understanding Islam, dan mathematics 3.. semoga
sem ni aku dapat buat yang terbaik. ( tapi mcam x je.. keje berlambak x buat
pun.. duk menulis kat sini je..) Insyaallah.. aku perlukan semangat dari luar
dan dalam.. Allag gerakkanlah hati, seluruh anggota dan jiwaku ya Allah..
tunjukkanlah aku jalan yang lurus..
Dan hari ini bertarikh 24/6/2012.. UIA ditimpa masalah tiada
bekalan air.. semua mahallah mengalami masalah ini.. macam mana nak pegi kelas
esok? -___- masing2 memandang antara satu sama lain.. takkan la nak pegi kelas
tak mandi.. lelaki boleh tahan lagi perempuan macam mana la nasib diorang..
memang esok macam bau perfume yang kuat akan dihasilkan.. hopefully cancel je
la semua kelas esok.. kan senang.. tapi ak berani jamin la replace balik
semua.. lagi masalah macam tu.. erhm masalah move in one cycle..
Setelah lama x update blog.. saja la tergatal la pulak
tangan nak menaip malam ni.. dan inilah yang terhasil..
-______- macam mana nak
mandi ni????
No comments:
Post a Comment