Meneruskan perjalanan ke level seterusnya.. macam main
game.. lama-lama makin susah la kan? Yeah!! Aku dibebani dengan kerja-kerja
yang perlu dipersiapkan dalam masa yang terluang.. (pernah ada ke masa terluang
untuk buat kerja ni???) sebenarnya mungkin ianya lebih kepada persiapan diri
sendiri.. semasa jari menaip dengan rancak ni.. kerja math=aku perlu
bertutorial jap gi.. kerja physics=aku perlu berlatih-latihan.. kerja
UI=menghafal kan memahami.. kerja banyak taip tak mampu nak gerakkan hati untuk
buat kerja..
Pada level ini... (kita masuk mode game la..)
Misi seterusnya:
Objektif misi:anda perlu menyediakan peluru dan tenaga yang
secukupnya bagi meneruskan perjalanan yang bakal ditempuh.. anda tidak boleh
berpatah balik ke tempat asal sekiranya permainan telah bermula.. sekiranya
anda berhenti terlalu lama.. musuh akan datang beramai-ramai kepada anda..
lebih cepat anda ke tempat yang selamat.. lagi banyak tenaga dan masa dapat
dijimatkan.. anda akan mengumpul mata dengan lebih banyak sekiranya misi ini
dapat diselesaikan dengan jaya tanpa sebarang kesalahan..
Strategi misi:jauhi benda-benda eletronik.. kemungkinan
besar dapat melekakan anda dalam meneruskan permainan.. fokus perkara di depan
anda kerana musuh hanya akan serang daripada depan.. jangan buang masa dengan pusing ke belakang.. jangan buang
masa terlalu lama dengan berehat.. kerana anda akan menyedut satu jenis gas yang
kemungkinan besar dapat membuatkan anda tertidur dan tersedar dalam keadaan
musuh telah mengelilingi anda.. jauhi perkara ini.. anda akan menang permainan
ini..
Semoga berjaya rakan sepasukan.. harap dapat pinjam senjata
anda di kala saya kehabisan peluru..
cover saya bila saya tengah tukat peluru dan cover saya bila saya tak nampak musuh..
kita menangi permainan ini.. tak kira di mana stage pun.. sebab nyawa dalam
permainan ini hanya satu sahaja..
P/S:penulisan ini berunsur motivasi kepada diri dalam bentuk
game.. rasa lebih senang kalau beginikan.?? :D
No comments:
Post a Comment