Monday, 2 July 2012

NEXT STAGE BEGIN!!


Do you hear me? Talking to you..  across the water, across the deep blue.Ocean under the open sky Oh my!! Baby i’m trying...(ape aku merepek ni?? -__-)

Meneruskan perjalanan ke level seterusnya.. macam main game.. lama-lama makin susah la kan? Yeah!! Aku dibebani dengan kerja-kerja yang perlu dipersiapkan dalam masa yang terluang.. (pernah ada ke masa terluang untuk buat kerja ni???) sebenarnya mungkin ianya lebih kepada persiapan diri sendiri.. semasa jari menaip dengan rancak ni.. kerja math=aku perlu bertutorial jap gi.. kerja physics=aku perlu berlatih-latihan.. kerja UI=menghafal kan memahami.. kerja banyak taip tak mampu nak gerakkan hati untuk buat kerja..
Pada level ini... (kita masuk mode game la..)

Misi seterusnya:

Objektif misi:anda perlu menyediakan peluru dan tenaga yang secukupnya bagi meneruskan perjalanan yang bakal ditempuh.. anda tidak boleh berpatah balik ke tempat asal sekiranya permainan telah bermula.. sekiranya anda berhenti terlalu lama.. musuh akan datang beramai-ramai kepada anda.. lebih cepat anda ke tempat yang selamat.. lagi banyak tenaga dan masa dapat dijimatkan.. anda akan mengumpul mata dengan lebih banyak sekiranya misi ini dapat diselesaikan dengan jaya tanpa sebarang kesalahan..

Strategi misi:jauhi benda-benda eletronik.. kemungkinan besar dapat melekakan anda dalam meneruskan permainan.. fokus perkara di depan anda kerana musuh hanya akan serang daripada depan.. jangan buang  masa dengan pusing ke belakang.. jangan buang masa terlalu lama dengan berehat.. kerana anda akan menyedut satu jenis gas yang kemungkinan besar dapat membuatkan anda tertidur dan tersedar dalam keadaan musuh telah mengelilingi anda.. jauhi perkara ini.. anda akan menang permainan ini..

Semoga berjaya rakan sepasukan.. harap dapat pinjam senjata anda  di kala saya kehabisan peluru.. cover saya bila saya tengah tukat peluru dan cover saya bila saya tak nampak musuh.. kita menangi permainan ini.. tak kira di mana stage pun.. sebab nyawa dalam permainan ini hanya satu sahaja..

P/S:penulisan ini berunsur motivasi kepada diri dalam bentuk game.. rasa lebih senang kalau beginikan.?? :D

Monday, 25 June 2012

MACAM-MACAM CERITA BERMULA


Rasanya lebih baik kalau aku menggunakan perkataan dan cara menaip yang betul dalam penulisan ini.. tapi Nampak macam serius sangat la pulak.. erhm.. ikut suka la.. mana sempat itu la yang keluar... kenapa mesti ada ‘LA’ untuk semua ayat.. -____- makin lama menaip makin tak faham macam mana nak tulis dengan betul..

Malam ini entahh kenapa rasa macam sunyi dan gelisah je.. aku malas sebenarnya nak layan perasaan ni.. tpi nak buat macam mana. Hari demi hari yang aku lalui rasa macam makin pudar je.. aku rasa mungkin terlalu banyak berhutang dengan Allah..  sebab tu apa yang aku nak sudah ditarik demi untuk melangsaikan hutang.. tapi ak tetap bersyukur.. apa yang ditarik hakikatnya membuatkan hidup aku lagi terjaga dalam lingkungan rahmat-Nya.. orang yang aku sayang menjauhkan diri dari aku tanpa sebab... jauh dari sudut hati aku ak tertanya-tanya kenapa dia buat macam ni kat aku.. tapi dari sudut positif, mungkin dia menjaga setelah apa yang aku pesan kat dia haritu..(semasa aku type ni duk ada sorang kawan duk kaco ak kat fb.. annoying gila la.. -___- sabar je la.. ak malas btul la nak layan) takpelah macam ni.. sekurang-kurangnya aku perlu berlajar untuk bersangka baik. Kalo dia mmg untuk aku buat apa aku nak berlari mengejar dia..  

Seterusnya, sem 1 2012/2013 baru seminggu bermula.. aku sebenarnya masih dalam mood cuti. Dan mood mencari duit poket.. bila dapa duit banyak mula la nak fikir kerja ja.. padahal malas gila nak pegi kerja.. tapi alah bisa,tegal biasa.. 19 hari kerja sewaktu cuti masyuk rm 700.. memang best la kan..(ayat ‘LA’ sudah masuk) tapi nak buat macam mana.. cuti sudah habis bro.. dengan hati yang berat.. mak tolong packing beg.. -___- masuklah semua ke CFS sebagai 2nd year student.. sem ni aku mengambil empat subjek sahaja.. computer 2,physics 2, understanding Islam, dan mathematics 3.. semoga sem ni aku dapat buat yang terbaik. ( tapi mcam x je.. keje berlambak x buat pun.. duk menulis kat sini je..) Insyaallah.. aku perlukan semangat dari luar dan dalam.. Allag gerakkanlah hati, seluruh anggota dan jiwaku ya Allah.. tunjukkanlah aku jalan yang lurus..

Dan hari ini bertarikh 24/6/2012.. UIA ditimpa masalah tiada bekalan air.. semua mahallah mengalami masalah ini.. macam mana nak pegi kelas esok? -___- masing2 memandang antara satu sama lain.. takkan la nak pegi kelas tak mandi.. lelaki boleh tahan lagi perempuan macam mana la nasib diorang.. memang esok macam bau perfume yang kuat akan dihasilkan.. hopefully cancel je la semua kelas esok.. kan senang.. tapi ak berani jamin la replace balik semua.. lagi masalah macam tu.. erhm masalah move in one cycle..

Setelah lama x update blog.. saja la tergatal la pulak tangan nak menaip malam ni.. dan inilah yang terhasil..
-______- macam mana nak mandi ni????

Sunday, 1 January 2012

SEJARAH BERULANG

OH... malam ni semua orang duk gembirakan menyambut tahun baru.. tpi ak rasa aku bukan golongan tu.. apa? semua ni rase tindakan yang memang tak masuk akal.. macam ape ntah.. ni la tempatnya tuk ak luahkan perasaan.. ok dengan semua tindakan yang telah dilakukan dari sepotong ayat.. memang sakit betul hati ak ni..

Mana pergi ntah hati perut? kan senang kalo be honest.. kalo x suka ckap je x suka... kalo suka kenapa duk sakitkan hati orang macam ni.. ak x tau la dari mana datang orang macam ni..

LETIH LAAA MACAM NI...
SERIUS AKU MEMANG LETIH...
DULU TAK MACAM NI PUN..
SEKARANG TANYA AKU PULAK..
APA YANG BERUBAH??

MEMANG AK LETIH..
LETIH
LETIH
LETIH
LETIH
LETIH

DAH LAH... malas ak nak melayan perasaan macam ni..!!!!!!!!!

Wednesday, 14 December 2011

TENGOK!!!

Assalammualaikum.. kan dulu dah cakap.. mula-mula je semangat lepas tu xde la.. bukan ape aritu balik rumah memang malas la nak update blog ni sebab kat rumah macam-macam benda lagi boleh dibuat dari nak mengadap laptop ni.. mati akal kot.. x pe la.. anyway balik rumah aritu memang terbaek la bila dapat makan best-best bukan macam kat sini. memang kena jimat kos sikit la.. kat rumah semua datang dari parents memang makan je la kisah ape kan.. pastu balik aritu dengan niat nak tuntut pizza dari kakak.. hooohohohoho.. dia kata dia x dapat balik.. :( ape la aku lak yang kena pegi rumah dia kalau nak makan pizza.. x kan la semangat sangat sampai macam tu.. dalam hati kata x merasa la makan pizza.. tpi nasib baik la dia balik jugak rumah tapi dia bawak balik McD.. x kesah la.. prosperity tu..!! dua bungkus aku makan. satu tgh ari tu dan satu lagi malam tu sebab ayah tanak makan pun.. so rezeki jgn la ditolakkan..

Tu cerita kat rumah.. sesudah selesai semua.. ak pun berangkat la pulang ke kl dengan hati yang nak tnak la jugak kan.. duk rumah memang best la.. tapi nak wat macam mana memang tanggungjawab dah kena belajar.. 2.45 petang bas bertolak dari taiping.. ak ingatkan sampai la dalam kul 6.00 petang.. senang la ak nak berjalan dalam cerah.. ak dah fikir awal-awal dah yang memang akan ramai orang la sebab aritu keje.. erhm.. abis la.. letih bawak beg dengan laptop berat lagi.. ==' turun bas kat pudu lbh kurang kul 7.00.. letih gila.. pastu aku travel dari pudu ke UIA.. sampai-sampai je.. isyak dah.. adoi berasap badan sebab panas jalan jauh..

Keesokan harinya, speaking test pun menemui kitorang.. aku x berapa puas hati dengan apa yang aku buat sebab ntah la ak macam x bole nak ckap... tpi Insyallah kalau btul la apa yang kawan ckap yang group kitorang semua lepas memang ok la.. ak bersyukur..

Tu je kot cerita ringkas.. malas la plak nak tulis panjang sebab ni essay x tulis lagi ni.. jap kena antar kat kelas.. adui malas la plak kan.. byebye...

Wednesday, 7 December 2011

Janganlah Bersedih Kawan.. :)

Saya tahu saat awak baca entry ni.. Ianya tak memberi kesan pun ataupun dapat kurangkan pun sedih awak.. Tapi saya rasa ini saya medium terbaik untuk saya tolong awak.. Kawan~ awak sedih dengan hidup awak kan?? Kenapalah nasib kita ni sama saja kan? Macam dah ditentukan pula.. Saya pun sedih juga awak dengan hidup saya.. Tapi apa boleh buat.. Kembali pada-Nya dan terima kasih ke atas kawan-kawan yang membuatkan saya lupa soal sedih tu.. Mungkin sedih saya tak seperti awak tapi sedih tu tetap sedih kan? Mungkin saat gembira kita tidak mengingati yang Esa dengan seluruh jiwa kita.. Tidak meletakkan-Nya sebagai benda terpenting dalam hidup kita berbanding yang lain.. Mungkin juga ini adalah satu ujian dari Allah untuk hamba yang rapat dengan-Nya.. Sebab Allah itu Maha Mengasihani, kalau kita jauh dari Dia.. Semakin dekat Dia hampiri kita kan? Dan semakin dekat kita dengan Dia, semakin kuat pula Dia uji kita..

Kalau kita redha dengan ujian ini, kita termasuklah dalam golongan yang sangat mulia di sisi Allah.. Jangan sesekali kita bersangka buruk pada-Nya kerana setiap yang berlaku ditakdirkan oleh Allah dengan begitu indah dan cantik.. Kita hanya hamba yang hina,kerdil dan berdosa..  Kegagalan yang Allah beri pada kita adalah cara Allah memimpin kita untuk membuatkan kita lebih matang dalam membuat keputusan.. Moga begitu hendaknya..

Betul!! Saya turut sama sedih bila terpaksa mengulangi kelas Bahasa Inggeris yang mengambil masa saya selama 18 jam seminggu.. Saya jugak terpaksa menambah 1 lagi semester ketika ramai kawan saya dah pun graduasi dan melepak di rumah menunggu waktu masuk ke kampus Gombak.. Memang saya sedih waktu tu.. Kenapa saya yang kena semua ni?? Padahal semua benda dah saya praktikkan.. Saya dah pun cuba sedaya upaya sewaktu semester satu lepas.. Ini ujian Allah...

Kalau fikirkan tanggungjawab yang saya galas.. Memang merasakan diri ini sangat tidak berguna pada keluarga. Sayalah satu-satunya harapan yang mungkin dapat mengubah nasib keluarga.. Awak pun tahu.. Hidup saya tak mewah.. Tapi saya syukur saya boleh juga hidup senang sebab ramai lagi yang susah dari saya.. Saya pernah menangis sebab nasib keluarga begitu.. Tapi dengan air mata tak mengubah apa-apa.. Macam mana pun memang hidup perlu diteruskan.. Memang sifat manusia mudah lupa... Kalau Allah dah ingatkan kita bermakna Dia sangat sayang akan kita.. Bersangka baiklah pada-Nya..

Saya dapati apabila saya terpaksa mengulang subjek Bahasa Inggeris ini.. Saya dapat berlajar lebih dari kawan-kawan yang lain.. Sedia maklum yang saya ni lemah dalam subjek bahasa,, Jadi inilah cara Allah aturkan untuk saya meletakkan diri saya selangkah di hadapan orang lain.. Mengatasi kawan-kawan yang lain..

Harap awak tabah menghadapai semua ini.. Hanya coretan ini dapat saya tuliskan.. Saya bukan pengeran lautan yang dapat membuat ayat jiwang.. :) Tapi harap awak dapat mengambil sedikit pendekatan dengan apa yang saya kongsikan.. Ingat kalau kita sedih, ada orang yang lagi sedih.. Kalau kita susah, ada orang lagi susah... Kembali kepada Allah kerana dia pemberi ketenangan.. 


Kebaikan Menangis....


Kebaikan Menangis

1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Tuesday, 6 December 2011

Ikhlas dari sekeping hati...

Tengah-tengah malam begini.. terpikir pulak kan nak update blog ni ha.. orang selalu kate yg blog ni orang akan semangat bila mula-mula je kan... yang kawan ak sorang ni pun nak folliow mende?? -_-"

Baiklah tak perlulah nak merapu lagi baik kita teruskan dengan merujuk kembali kepada tajuk yang terpampang di atas.. Saya sekarang semakin hari semakin sedih dengan tindakan yang dilakukan oleh seorang hamba Allah ini.. Saya tahu la kalau saya dah buat salah ke? Apa ke? Tapi takkan la sampai macam ni sekali hukuman yang awak berikan.? Awak takkan la tak fikir langsung perasaan saya,. Tak sampai hati saya nak tegur semua ni.. Tapi awak tak tahu pun yang awak dah sakitkan hati saya lebih dari saya lukakan awak...

Biar blog ni je la yang dengar luahan hati saya ni.. Nak cerita dengan orang.. Tak nak la nak bebankan orang dengan kisah dongeng yang macam apa ni..

AWAK TAHU TAK??
Saya selalu je sabar dengan awak bila saya tulis mesej panjang-panjang tapi awak reply satu perkataan je.. Saya tak tegur pun awak buat macam tu.. Saya tak tau la kalau saya ni membosankan... Tapi saya dah cuba nak hiburkan hati awak.. Awak tetap sama jugak.. Sedangkan macam-macam benda yang saya cuba untuk bagi awak gembira.. Tak bole ke awak gembirakan saya balik.. Dengan tulis mesej je.. Saya tak fikir pun benda tu berat bagi awak.. Kalau awak kata tak boleh.. Kenapa dulu awak semangat je masa mula-mula mesej dulu.. Saya tak layan pun... Awak tetap jugak hantar macam-macam mesej.. Tapi sekarang.. saya suruh awak kongsi benda yang awak buat pun awak tak nak.. Awak kata awak tak pandai nak cerita la.. tak reti nak kongsi la.. Abis tu saya ni apa..?? Tapi pernah ke saya kata taknak mesej awak sebab awak ni bebankan saya dan membosankan saya.. Tak pernah langsung.. Hint pun tak pernah..

AWAK TAHU TAK??
Cemburu awak membunuh saya?? Saya tak kisah kalo awak nak cemburu sebab cemburu tu tanda sayang.. Tapi awak meletakkan hak cemburu tu kat awak seorang je.. kalau saya mesej dengan orang lain awak bukan main melenting lagi.. Kalau saya mesej pun saya tak pernah pun bagitau awak.. Dan saya cuba tuk sorokkan.. Tapi awak call orang lain.. Pastu siap bagitau saya lagi.. Memang demokrasi terpimpin la macam tu.. Timbang sudah rosak.. Sudah berat sebelah.. Pernah ke saya marah awak buat macam tu?? Saya hanya mampu ckap yang awak ada hidup sendiri.. Buat apa saya nak control.. Tpi awak siap bole antar mesej marah saya lagi kalau saya mesej dengan orang lain.. Saya pun manusia.. Nak jugak kawan.. Lain la kalau awak bole entertain saya.. Saya tak kesah.. Ni mesej awak sama je macam tak mesej.. MEANINGLESS.. Tak tau la apa motif awak mesej saya..

AWAK TAHU TAK??
Awak pernah bagitau saya yang awak nak saya pujuk awak kalau awak merajuk... Saya bagitau awak yang saya tak reti nak pujuk.. Tapi kalau awk  merajuk saya tetap pujuk jugak... Saya cuba jugak.. Tapi kalo saya wat ayat sedih pun.. Awak buat tak tahu je.. Buat macam tak de ape.. Sikit pun awak tak rase bersalah langsung... Saya pun tak faham kenapa awak jadi macam ni,, Macam dah tak de perasaan.. Kalau saya mengadu apa-apa.. Awak kata biasalah benda macam tu.. Awak cuma suruh saya sabar.. Saya sendiri pun bole cakap kat diri sendiri macam tu..!!

AWAK TAHU TAK??
Saya amat sgt lah berkecil hati bila awak kata saya ni gemok.. mulakan mesej pun awak dah panggil macam tu.. Tapi saya antar mesej kat awak macam ni "hohohoi" ala-ala M.daud Kilau.. Awak kata awak terasa dengan saya sebab ckap hoi kat awak.. Saya tak de niat pun nak wat macam tu.. Cuma salah faham je kat situ.. Ntah la.. Awak panggil saya gemuk sikit pun saya tak ckap apa... Terima je.. Tpi kalo awak.. Tetiba awak melatah sampai macam tu sekali.. Sampai hilang mood semua.. APE KEJADAHNYA!!

AWAK TAHU TAK??
Awak yang membaca ni sgt tekun saya tgk awak baca.. awak rasa semua ni btul sgt ke.. sory la.. malam ni tgh layan mood sedih.. hahaha.. ni semua cerita tipu je lah.. tu la.. seronok sgt nak baca kisah-kisah macam ni... Sapa yang baca tu nasib la kan.. nak wat macam mana jari ni terasa gatal sgt.. otak pulak ligat berfikir.. so inilah hasil nukilan penuh dusta dan nista... semoga anda terhibur dengan cerita ini.. sedih kan?

Sayangi lah pasangan anda seadanya.. Kalau ada pergaduhan antara pasangan mungkin salah tu salah kita jugak.. tak pun salah kita yang lampau.. padan muka kita la kan.. sape suruh kita jahat sgt.. terima la itu dengan mengharapkan hikmah yang baik dibelakangnya... Dan mungkin buat awak tersenyum satu hari nanti.. jgn la nak cepat sgt sedih dan berduka..