Kalau kita redha dengan ujian ini, kita termasuklah dalam golongan yang sangat mulia di sisi Allah.. Jangan sesekali kita bersangka buruk pada-Nya kerana setiap yang berlaku ditakdirkan oleh Allah dengan begitu indah dan cantik.. Kita hanya hamba yang hina,kerdil dan berdosa.. Kegagalan yang Allah beri pada kita adalah cara Allah memimpin kita untuk membuatkan kita lebih matang dalam membuat keputusan.. Moga begitu hendaknya..
Betul!! Saya turut sama sedih bila terpaksa mengulangi kelas Bahasa Inggeris yang mengambil masa saya selama 18 jam seminggu.. Saya jugak terpaksa menambah 1 lagi semester ketika ramai kawan saya dah pun graduasi dan melepak di rumah menunggu waktu masuk ke kampus Gombak.. Memang saya sedih waktu tu.. Kenapa saya yang kena semua ni?? Padahal semua benda dah saya praktikkan.. Saya dah pun cuba sedaya upaya sewaktu semester satu lepas.. Ini ujian Allah...
Kalau fikirkan tanggungjawab yang saya galas.. Memang merasakan diri ini sangat tidak berguna pada keluarga. Sayalah satu-satunya harapan yang mungkin dapat mengubah nasib keluarga.. Awak pun tahu.. Hidup saya tak mewah.. Tapi saya syukur saya boleh juga hidup senang sebab ramai lagi yang susah dari saya.. Saya pernah menangis sebab nasib keluarga begitu.. Tapi dengan air mata tak mengubah apa-apa.. Macam mana pun memang hidup perlu diteruskan.. Memang sifat manusia mudah lupa... Kalau Allah dah ingatkan kita bermakna Dia sangat sayang akan kita.. Bersangka baiklah pada-Nya..

Saya dapati apabila saya terpaksa mengulang subjek Bahasa Inggeris ini.. Saya dapat berlajar lebih dari kawan-kawan yang lain.. Sedia maklum yang saya ni lemah dalam subjek bahasa,, Jadi inilah cara Allah aturkan untuk saya meletakkan diri saya selangkah di hadapan orang lain.. Mengatasi kawan-kawan yang lain..
Harap awak tabah menghadapai semua ini.. Hanya coretan ini dapat saya tuliskan.. Saya bukan pengeran lautan yang dapat membuat ayat jiwang.. :) Tapi harap awak dapat mengambil sedikit pendekatan dengan apa yang saya kongsikan.. Ingat kalau kita sedih, ada orang yang lagi sedih.. Kalau kita susah, ada orang lagi susah... Kembali kepada Allah kerana dia pemberi ketenangan..
No comments:
Post a Comment