Friday, 2 December 2011

Wah mula-mula ni semangat je kan nak update blog...? Pastu dah lama bosan la sudah kan.. Nak wat camne,laen kalo dapat duit je kan wat bnde ni.. bwu la best ni.. (gila materialism gle la..==')

Tapi tak apa.. berbalik kepada tajuk di atas.. jangan lah nak salah faham.. aku tak merungut pun dengan agama Islam.. sesungguhnya Islam itu agama yang syumul.. tidak tertinggal satu perkara pun dalam hidup kita ni yg tidak di ambil berat oleh Islam.. segalanya ada landasannya.. dan ikut la landasan itu dengan betul dan istiqamah(berterusan).. 

Landasan? seperti apa yg kita semua tahu agama Islam itu sendiri mempunyai 4 mazhab.. dan banyak pegangannya.. kenapa perlu dibahagi-bahagi sedangkan semuanya tetap Islam juga..? terdapat satu kisah yang dapat menerangkan kita mengenai hal ini.. pada suatu petang, duduklah seorang imam ini bersama dengan seorang lelaki lain sambil minum-minum.. sama seperti kita orang yang duduk dengan imam itu terlintaslah satu soalan yang sama.. KENAPA ISLAM INI TERBAHAGI? Dengan tenang imam itu menjawab.. adakah kamu minum tadi  menggunakan gelas? Orang itu menjawab ya! sudah semestinya.. begitulah juga Islam.. Islam itu diibaratkan air yg di dalam balang yang besar.. jadi untuk kamu meminumnya.. kamu mesti menuangkan air ke dalam dahulu sebelum kamu dapat meminumnya.. barulah orang itu faham kenapa Islam itu terbahagi kepada banyak bahagian.. tidak silap aku, syaitan terbahagi kepada 71 golongan.. manusia terbahagi kepada 72 golongan.. jin pula terbahagi kepada 73 golongan..

Dalam 72 golongan manusia tu hanya satu golongan sahaja yang akan diterima Allah segala amalannya.. Kita patut doakan yang kita berada dalam golongan itu.. Amin~
Dan tajuk di atas juga berkaitan dengan sebuah buku.. buku ini menerangkan bagaimana untuk kita sebagai muslim perlu hidup dengan etika yang betul.. dan petang semalam aku berbincang bersama kawan-kawan dan naqib usrah..

Kami bincangkan bagaimana untuk menjadi seorang muslim di sudut ahhlak dan kita perlulah:
  1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhah.
  2. Menundukkan pandangan.
  3. Memelihara lidah.
  4. Malu.
  5. Lemah lembut dan sabar.
  6. Bersifat benar dan jujur.
  7. Tawaduk.
  8. Menjauhi perbuatan sangka buruk,mengumpat,menjejak keburukan orang lain.
  9. Pemurah.
  10. Qudwah hasanah.
Harap hasil nukilan ini dapat memberi peringatan kepada orang lain pada satu hari nanti.. Kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah, dan sesiapa yg mempunyai ilmu tapi tidak dimanfaatkan dia akan disiksa terlebih dahulu di akhirat kelak berbanding orang yang menyembah berhala..

Berkata Saidina Ali:
Ilmu itu ibarat pemimpin dan amal itu adalah pengikutnya

Sesungguhnya segala di atas ditulis dengan ape yang ada.. Jika ada kesilapan di atas mungkin akan diperbetul kemudian.. Ilmu masih kurang tapi bukan alasan untuk kita berkongsi.. 

No comments:

Post a Comment