Sunday, 4 December 2011

Perempuan dari pandangan aku...

Bila kata perempuan.. Mak saya sendiri pun perempuan.. Kakak saya pun perempuan..(mestila kan..) tak kisah la wanita ke.. Perempuan ke.. gadis ke.. tpi semua tu berkaitan kan ngan satu jantina.. Jangan nak persoal kan tentang itu..

Tpi ideanya disini saya nak cerita tentang kawan-kawan perempuan.. teman-teman perempuan.. Dan Insyaallah kekasih perempuan.. Dan benda ini lebih bersifat kepada luahan perasaan.. Saya tak ada sape pun nak dengar kan.. so mungkin di sini lah tempat terbaik.. saya tulis aku baca.. makna luah kat diri sendiri la.. Bukan niat post ini ditujukan kepada awak yang baca ni.. Tapi bagi lah peluang untuk saya menyuarakan pendapat.. Kalo tidak rugi la cakap negara kita ni demokrasi..!!!

Baiklah tiada perancangan pun untuk saya menulis post ini.. Dan saya rasa kemungkinan besar yang akan keluar ni.. Mungkin tak relevan pun dengan apa yang hakikat sebenar.. Tapi ini la apa pengalaman saya sendiri dan rakan-rakan yang memang la amat sikit..

Kita mulakan...
Sebagai seorang lelaki dah pasti saya akan bercinta dengan seorang perempuan.. Dan saya dapat lihat perempuan memang cepat suka pada satu benda.. Dan apabila diorang suka kadang-kadang korang akan terkejut dengan apa yg mereka lakukan sebab cuba nak tarik perhatian korang.. Wahai jejaka-jejaka sekalian... Diorang panggil nak sembang ngan kau.. Diorang sanngup hantar mesej walaupun dia tahu yang kau tu tak berapa layan korang.. Dia akan cuba sedaya upaya untuk dapat respon dari korang.. kalau laki saya tak tau la sebab tak pernah la bercinta dengan laki.. Dan memang tak mungkin akan berlaku.. Allah..~ Tapi mengikut pandangan saya.. Kalau saya SUKA biasa je la.. Tak ada la obses sangat nak dapatkan dengan cepat.... Tak bersungguh pun nak ngorat dengan harapan saya dapat nombor telefon la.. apa la... dapat dating la.. (tak pernah pun dating, syukur la awek, tolong la bersyukur mintak sgt2)

Berdasarkan pengalaman saya.. Waktu paling bahagia pastilah pada PERMULAAN tu..
  1. Kalo dia tertidur ke waktu mesej ngan korang.. Sekejap lagi terjaga terus minta maaf dalam mesej.. Keluar la segala pujuk rayu.. 
  2. Kalau cakap tu semua bunga-bunga.. Jaga-jaga takut menyakitkan hati pasangan.. Same goes to me..
  3. Kalau nak call bole je.. Mintak je la.. Bila pun bole.. Dia pun sanggup je call korang.. Siap guna kredit sendiri lagi.. Dah call mesti la lebih banyak guna kredit dari mesej kan.. Pengorbanan tu..
  4. Kalo mesej bila-bila masa pun cepat je balas.. tak payah nak tunggu lama-lama..
  5. Boleh je kalo nak romantik bagai.. tak kisah pun kan..
Waktu SELEPAS itu, mengikut kajian hormon yang berkaitan suka ni.. Dah berkurangan..
  1. Dah tertidur.. Esok tak mesej dah pun.. Wat macam tak ada apa-apa pun yang berlaku.. Biasa la tidur kan.. Fitrah manusia.. Malam tu la pula mesej..(tetap tak mintak maaf pun)
  2. Cakap macam biasa la.. Kurang sudah semua yang manis.. Silap sikit.. Sudah!! Tak nak mesej saya tak perlu la nak mesej.. =='
  3. Dulu dia bole call.. Sekarang kalau kita nak call.. "sory la tak ada mood&sibuk la nanti-nanti la ye&mesej je la..." Itulah jawapan common..
  4. Sekarang mesej lama sikit baru reply.. Korang sempat la buat kerja lain dulu lepas tu baru nampak mesej masuk.. Yang ini bagus la kan.. tetap mesej juga.. Ada yang tak reply dah.. :)
  5. Sekarang mana bole dah nak romantik.. Kan romantik tu HARAM.. Tapi macam mana bole halal waktu mula-mula dulu?
Apa yang saya cerita ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang berkongsi pendapat mengenai cinta remaja ini.. Ini bukan pandangan peribadi.. Saya ulang PANDANGAN RAKAN-RAKAN juga!!!!! Ada banyak lagi tapi biarlah saya senaraikan apa yang terlintas di fikiran sebab lelaki pun banyak kekurangannya sama sahaja dengan perempuan.. Sebab kalo bab mengata orang ni memang la senang... Tapi bab nak cerminkan diri,.. SORRY LA.. kitorang laki tak sempat la nak cermin diri.. Tapi korang selalu je cakap kitorang baik.. Saya sayangkan kekasih saya sebab perlakuan dia sendiri..Saya seorang yang tidak terlalu pentingkan fizikal semata-mata.. Cukup la sedap mata dipandang.. Sebab nanti dia la yang nak jalan2 dengan kita..(bila kawin nanti la) Tak pe lah dia nak wat apa sekarang.. Yang penting minta2 dia sihat selalu.. Makan semua cukup.. Tidur pun cukup,tak berbeban dengan assignment yang banyak kan... Dan dia jaga cinta dia dengan pencipta-Nya lebih dari dia jaga cinta makhluk ini..(tapi kena la jaga juga kan!!!) 

Akhir kata, seburuk mana pun perangai pasangan korang.. Kalau la btul korang sayang, korang tak kan peduli dengan apa yang dia lakukan.. Kita jangan lah fikir pasal keburukan pasangan kita sahaja.. Cuba la fikir apa yang diorang pernah buat kat korang.. Korang akan rasa amat dihargai... :D Senyum selalu....

No comments:

Post a Comment