Wednesday, 14 December 2011

TENGOK!!!

Assalammualaikum.. kan dulu dah cakap.. mula-mula je semangat lepas tu xde la.. bukan ape aritu balik rumah memang malas la nak update blog ni sebab kat rumah macam-macam benda lagi boleh dibuat dari nak mengadap laptop ni.. mati akal kot.. x pe la.. anyway balik rumah aritu memang terbaek la bila dapat makan best-best bukan macam kat sini. memang kena jimat kos sikit la.. kat rumah semua datang dari parents memang makan je la kisah ape kan.. pastu balik aritu dengan niat nak tuntut pizza dari kakak.. hooohohohoho.. dia kata dia x dapat balik.. :( ape la aku lak yang kena pegi rumah dia kalau nak makan pizza.. x kan la semangat sangat sampai macam tu.. dalam hati kata x merasa la makan pizza.. tpi nasib baik la dia balik jugak rumah tapi dia bawak balik McD.. x kesah la.. prosperity tu..!! dua bungkus aku makan. satu tgh ari tu dan satu lagi malam tu sebab ayah tanak makan pun.. so rezeki jgn la ditolakkan..

Tu cerita kat rumah.. sesudah selesai semua.. ak pun berangkat la pulang ke kl dengan hati yang nak tnak la jugak kan.. duk rumah memang best la.. tapi nak wat macam mana memang tanggungjawab dah kena belajar.. 2.45 petang bas bertolak dari taiping.. ak ingatkan sampai la dalam kul 6.00 petang.. senang la ak nak berjalan dalam cerah.. ak dah fikir awal-awal dah yang memang akan ramai orang la sebab aritu keje.. erhm.. abis la.. letih bawak beg dengan laptop berat lagi.. ==' turun bas kat pudu lbh kurang kul 7.00.. letih gila.. pastu aku travel dari pudu ke UIA.. sampai-sampai je.. isyak dah.. adoi berasap badan sebab panas jalan jauh..

Keesokan harinya, speaking test pun menemui kitorang.. aku x berapa puas hati dengan apa yang aku buat sebab ntah la ak macam x bole nak ckap... tpi Insyallah kalau btul la apa yang kawan ckap yang group kitorang semua lepas memang ok la.. ak bersyukur..

Tu je kot cerita ringkas.. malas la plak nak tulis panjang sebab ni essay x tulis lagi ni.. jap kena antar kat kelas.. adui malas la plak kan.. byebye...

Wednesday, 7 December 2011

Janganlah Bersedih Kawan.. :)

Saya tahu saat awak baca entry ni.. Ianya tak memberi kesan pun ataupun dapat kurangkan pun sedih awak.. Tapi saya rasa ini saya medium terbaik untuk saya tolong awak.. Kawan~ awak sedih dengan hidup awak kan?? Kenapalah nasib kita ni sama saja kan? Macam dah ditentukan pula.. Saya pun sedih juga awak dengan hidup saya.. Tapi apa boleh buat.. Kembali pada-Nya dan terima kasih ke atas kawan-kawan yang membuatkan saya lupa soal sedih tu.. Mungkin sedih saya tak seperti awak tapi sedih tu tetap sedih kan? Mungkin saat gembira kita tidak mengingati yang Esa dengan seluruh jiwa kita.. Tidak meletakkan-Nya sebagai benda terpenting dalam hidup kita berbanding yang lain.. Mungkin juga ini adalah satu ujian dari Allah untuk hamba yang rapat dengan-Nya.. Sebab Allah itu Maha Mengasihani, kalau kita jauh dari Dia.. Semakin dekat Dia hampiri kita kan? Dan semakin dekat kita dengan Dia, semakin kuat pula Dia uji kita..

Kalau kita redha dengan ujian ini, kita termasuklah dalam golongan yang sangat mulia di sisi Allah.. Jangan sesekali kita bersangka buruk pada-Nya kerana setiap yang berlaku ditakdirkan oleh Allah dengan begitu indah dan cantik.. Kita hanya hamba yang hina,kerdil dan berdosa..  Kegagalan yang Allah beri pada kita adalah cara Allah memimpin kita untuk membuatkan kita lebih matang dalam membuat keputusan.. Moga begitu hendaknya..

Betul!! Saya turut sama sedih bila terpaksa mengulangi kelas Bahasa Inggeris yang mengambil masa saya selama 18 jam seminggu.. Saya jugak terpaksa menambah 1 lagi semester ketika ramai kawan saya dah pun graduasi dan melepak di rumah menunggu waktu masuk ke kampus Gombak.. Memang saya sedih waktu tu.. Kenapa saya yang kena semua ni?? Padahal semua benda dah saya praktikkan.. Saya dah pun cuba sedaya upaya sewaktu semester satu lepas.. Ini ujian Allah...

Kalau fikirkan tanggungjawab yang saya galas.. Memang merasakan diri ini sangat tidak berguna pada keluarga. Sayalah satu-satunya harapan yang mungkin dapat mengubah nasib keluarga.. Awak pun tahu.. Hidup saya tak mewah.. Tapi saya syukur saya boleh juga hidup senang sebab ramai lagi yang susah dari saya.. Saya pernah menangis sebab nasib keluarga begitu.. Tapi dengan air mata tak mengubah apa-apa.. Macam mana pun memang hidup perlu diteruskan.. Memang sifat manusia mudah lupa... Kalau Allah dah ingatkan kita bermakna Dia sangat sayang akan kita.. Bersangka baiklah pada-Nya..

Saya dapati apabila saya terpaksa mengulang subjek Bahasa Inggeris ini.. Saya dapat berlajar lebih dari kawan-kawan yang lain.. Sedia maklum yang saya ni lemah dalam subjek bahasa,, Jadi inilah cara Allah aturkan untuk saya meletakkan diri saya selangkah di hadapan orang lain.. Mengatasi kawan-kawan yang lain..

Harap awak tabah menghadapai semua ini.. Hanya coretan ini dapat saya tuliskan.. Saya bukan pengeran lautan yang dapat membuat ayat jiwang.. :) Tapi harap awak dapat mengambil sedikit pendekatan dengan apa yang saya kongsikan.. Ingat kalau kita sedih, ada orang yang lagi sedih.. Kalau kita susah, ada orang lagi susah... Kembali kepada Allah kerana dia pemberi ketenangan.. 


Kebaikan Menangis....


Kebaikan Menangis

1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Tuesday, 6 December 2011

Ikhlas dari sekeping hati...

Tengah-tengah malam begini.. terpikir pulak kan nak update blog ni ha.. orang selalu kate yg blog ni orang akan semangat bila mula-mula je kan... yang kawan ak sorang ni pun nak folliow mende?? -_-"

Baiklah tak perlulah nak merapu lagi baik kita teruskan dengan merujuk kembali kepada tajuk yang terpampang di atas.. Saya sekarang semakin hari semakin sedih dengan tindakan yang dilakukan oleh seorang hamba Allah ini.. Saya tahu la kalau saya dah buat salah ke? Apa ke? Tapi takkan la sampai macam ni sekali hukuman yang awak berikan.? Awak takkan la tak fikir langsung perasaan saya,. Tak sampai hati saya nak tegur semua ni.. Tapi awak tak tahu pun yang awak dah sakitkan hati saya lebih dari saya lukakan awak...

Biar blog ni je la yang dengar luahan hati saya ni.. Nak cerita dengan orang.. Tak nak la nak bebankan orang dengan kisah dongeng yang macam apa ni..

AWAK TAHU TAK??
Saya selalu je sabar dengan awak bila saya tulis mesej panjang-panjang tapi awak reply satu perkataan je.. Saya tak tegur pun awak buat macam tu.. Saya tak tau la kalau saya ni membosankan... Tapi saya dah cuba nak hiburkan hati awak.. Awak tetap sama jugak.. Sedangkan macam-macam benda yang saya cuba untuk bagi awak gembira.. Tak bole ke awak gembirakan saya balik.. Dengan tulis mesej je.. Saya tak fikir pun benda tu berat bagi awak.. Kalau awak kata tak boleh.. Kenapa dulu awak semangat je masa mula-mula mesej dulu.. Saya tak layan pun... Awak tetap jugak hantar macam-macam mesej.. Tapi sekarang.. saya suruh awak kongsi benda yang awak buat pun awak tak nak.. Awak kata awak tak pandai nak cerita la.. tak reti nak kongsi la.. Abis tu saya ni apa..?? Tapi pernah ke saya kata taknak mesej awak sebab awak ni bebankan saya dan membosankan saya.. Tak pernah langsung.. Hint pun tak pernah..

AWAK TAHU TAK??
Cemburu awak membunuh saya?? Saya tak kisah kalo awak nak cemburu sebab cemburu tu tanda sayang.. Tapi awak meletakkan hak cemburu tu kat awak seorang je.. kalau saya mesej dengan orang lain awak bukan main melenting lagi.. Kalau saya mesej pun saya tak pernah pun bagitau awak.. Dan saya cuba tuk sorokkan.. Tapi awak call orang lain.. Pastu siap bagitau saya lagi.. Memang demokrasi terpimpin la macam tu.. Timbang sudah rosak.. Sudah berat sebelah.. Pernah ke saya marah awak buat macam tu?? Saya hanya mampu ckap yang awak ada hidup sendiri.. Buat apa saya nak control.. Tpi awak siap bole antar mesej marah saya lagi kalau saya mesej dengan orang lain.. Saya pun manusia.. Nak jugak kawan.. Lain la kalau awak bole entertain saya.. Saya tak kesah.. Ni mesej awak sama je macam tak mesej.. MEANINGLESS.. Tak tau la apa motif awak mesej saya..

AWAK TAHU TAK??
Awak pernah bagitau saya yang awak nak saya pujuk awak kalau awak merajuk... Saya bagitau awak yang saya tak reti nak pujuk.. Tapi kalau awk  merajuk saya tetap pujuk jugak... Saya cuba jugak.. Tapi kalo saya wat ayat sedih pun.. Awak buat tak tahu je.. Buat macam tak de ape.. Sikit pun awak tak rase bersalah langsung... Saya pun tak faham kenapa awak jadi macam ni,, Macam dah tak de perasaan.. Kalau saya mengadu apa-apa.. Awak kata biasalah benda macam tu.. Awak cuma suruh saya sabar.. Saya sendiri pun bole cakap kat diri sendiri macam tu..!!

AWAK TAHU TAK??
Saya amat sgt lah berkecil hati bila awak kata saya ni gemok.. mulakan mesej pun awak dah panggil macam tu.. Tapi saya antar mesej kat awak macam ni "hohohoi" ala-ala M.daud Kilau.. Awak kata awak terasa dengan saya sebab ckap hoi kat awak.. Saya tak de niat pun nak wat macam tu.. Cuma salah faham je kat situ.. Ntah la.. Awak panggil saya gemuk sikit pun saya tak ckap apa... Terima je.. Tpi kalo awak.. Tetiba awak melatah sampai macam tu sekali.. Sampai hilang mood semua.. APE KEJADAHNYA!!

AWAK TAHU TAK??
Awak yang membaca ni sgt tekun saya tgk awak baca.. awak rasa semua ni btul sgt ke.. sory la.. malam ni tgh layan mood sedih.. hahaha.. ni semua cerita tipu je lah.. tu la.. seronok sgt nak baca kisah-kisah macam ni... Sapa yang baca tu nasib la kan.. nak wat macam mana jari ni terasa gatal sgt.. otak pulak ligat berfikir.. so inilah hasil nukilan penuh dusta dan nista... semoga anda terhibur dengan cerita ini.. sedih kan?

Sayangi lah pasangan anda seadanya.. Kalau ada pergaduhan antara pasangan mungkin salah tu salah kita jugak.. tak pun salah kita yang lampau.. padan muka kita la kan.. sape suruh kita jahat sgt.. terima la itu dengan mengharapkan hikmah yang baik dibelakangnya... Dan mungkin buat awak tersenyum satu hari nanti.. jgn la nak cepat sgt sedih dan berduka..

Sunday, 4 December 2011

Perempuan dari pandangan aku...

Bila kata perempuan.. Mak saya sendiri pun perempuan.. Kakak saya pun perempuan..(mestila kan..) tak kisah la wanita ke.. Perempuan ke.. gadis ke.. tpi semua tu berkaitan kan ngan satu jantina.. Jangan nak persoal kan tentang itu..

Tpi ideanya disini saya nak cerita tentang kawan-kawan perempuan.. teman-teman perempuan.. Dan Insyaallah kekasih perempuan.. Dan benda ini lebih bersifat kepada luahan perasaan.. Saya tak ada sape pun nak dengar kan.. so mungkin di sini lah tempat terbaik.. saya tulis aku baca.. makna luah kat diri sendiri la.. Bukan niat post ini ditujukan kepada awak yang baca ni.. Tapi bagi lah peluang untuk saya menyuarakan pendapat.. Kalo tidak rugi la cakap negara kita ni demokrasi..!!!

Baiklah tiada perancangan pun untuk saya menulis post ini.. Dan saya rasa kemungkinan besar yang akan keluar ni.. Mungkin tak relevan pun dengan apa yang hakikat sebenar.. Tapi ini la apa pengalaman saya sendiri dan rakan-rakan yang memang la amat sikit..

Kita mulakan...
Sebagai seorang lelaki dah pasti saya akan bercinta dengan seorang perempuan.. Dan saya dapat lihat perempuan memang cepat suka pada satu benda.. Dan apabila diorang suka kadang-kadang korang akan terkejut dengan apa yg mereka lakukan sebab cuba nak tarik perhatian korang.. Wahai jejaka-jejaka sekalian... Diorang panggil nak sembang ngan kau.. Diorang sanngup hantar mesej walaupun dia tahu yang kau tu tak berapa layan korang.. Dia akan cuba sedaya upaya untuk dapat respon dari korang.. kalau laki saya tak tau la sebab tak pernah la bercinta dengan laki.. Dan memang tak mungkin akan berlaku.. Allah..~ Tapi mengikut pandangan saya.. Kalau saya SUKA biasa je la.. Tak ada la obses sangat nak dapatkan dengan cepat.... Tak bersungguh pun nak ngorat dengan harapan saya dapat nombor telefon la.. apa la... dapat dating la.. (tak pernah pun dating, syukur la awek, tolong la bersyukur mintak sgt2)

Berdasarkan pengalaman saya.. Waktu paling bahagia pastilah pada PERMULAAN tu..
  1. Kalo dia tertidur ke waktu mesej ngan korang.. Sekejap lagi terjaga terus minta maaf dalam mesej.. Keluar la segala pujuk rayu.. 
  2. Kalau cakap tu semua bunga-bunga.. Jaga-jaga takut menyakitkan hati pasangan.. Same goes to me..
  3. Kalau nak call bole je.. Mintak je la.. Bila pun bole.. Dia pun sanggup je call korang.. Siap guna kredit sendiri lagi.. Dah call mesti la lebih banyak guna kredit dari mesej kan.. Pengorbanan tu..
  4. Kalo mesej bila-bila masa pun cepat je balas.. tak payah nak tunggu lama-lama..
  5. Boleh je kalo nak romantik bagai.. tak kisah pun kan..
Waktu SELEPAS itu, mengikut kajian hormon yang berkaitan suka ni.. Dah berkurangan..
  1. Dah tertidur.. Esok tak mesej dah pun.. Wat macam tak ada apa-apa pun yang berlaku.. Biasa la tidur kan.. Fitrah manusia.. Malam tu la pula mesej..(tetap tak mintak maaf pun)
  2. Cakap macam biasa la.. Kurang sudah semua yang manis.. Silap sikit.. Sudah!! Tak nak mesej saya tak perlu la nak mesej.. =='
  3. Dulu dia bole call.. Sekarang kalau kita nak call.. "sory la tak ada mood&sibuk la nanti-nanti la ye&mesej je la..." Itulah jawapan common..
  4. Sekarang mesej lama sikit baru reply.. Korang sempat la buat kerja lain dulu lepas tu baru nampak mesej masuk.. Yang ini bagus la kan.. tetap mesej juga.. Ada yang tak reply dah.. :)
  5. Sekarang mana bole dah nak romantik.. Kan romantik tu HARAM.. Tapi macam mana bole halal waktu mula-mula dulu?
Apa yang saya cerita ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang berkongsi pendapat mengenai cinta remaja ini.. Ini bukan pandangan peribadi.. Saya ulang PANDANGAN RAKAN-RAKAN juga!!!!! Ada banyak lagi tapi biarlah saya senaraikan apa yang terlintas di fikiran sebab lelaki pun banyak kekurangannya sama sahaja dengan perempuan.. Sebab kalo bab mengata orang ni memang la senang... Tapi bab nak cerminkan diri,.. SORRY LA.. kitorang laki tak sempat la nak cermin diri.. Tapi korang selalu je cakap kitorang baik.. Saya sayangkan kekasih saya sebab perlakuan dia sendiri..Saya seorang yang tidak terlalu pentingkan fizikal semata-mata.. Cukup la sedap mata dipandang.. Sebab nanti dia la yang nak jalan2 dengan kita..(bila kawin nanti la) Tak pe lah dia nak wat apa sekarang.. Yang penting minta2 dia sihat selalu.. Makan semua cukup.. Tidur pun cukup,tak berbeban dengan assignment yang banyak kan... Dan dia jaga cinta dia dengan pencipta-Nya lebih dari dia jaga cinta makhluk ini..(tapi kena la jaga juga kan!!!) 

Akhir kata, seburuk mana pun perangai pasangan korang.. Kalau la btul korang sayang, korang tak kan peduli dengan apa yang dia lakukan.. Kita jangan lah fikir pasal keburukan pasangan kita sahaja.. Cuba la fikir apa yang diorang pernah buat kat korang.. Korang akan rasa amat dihargai... :D Senyum selalu....

Saturday, 3 December 2011

Kembali NORMAL!!!

KEMANA ARAH HENDAK KU TUJU,
BILA HATIKU RINDU PADAMU...


Baiklah, ak nak tenangkan sikit hati ni kan.. Macam2 benda la plak fikir waktu mandi tu.. X fokus suda ak mandi..(perlu ke cerita) Tapi itu bukan soalnya.. ape yg penting?? kerjasama dan tolak ansur la kot.. harap aku bole berubah lagi jadi lebih baek.. bagi la jalan yg terang kepada ak... sekarang dah jalan gelap la plak...

BILA KU PENDAMKAN SEDIHKU INI,
SEMAKIN DALAM RAJUK DIHATI,
PERNAH KU MENEGUR KESILAPAN MU,
KESUDAHANNYA TIADA BERKESAN...
KU HANYA MEMANDANG~

Moga hari ini akan jadi lebih baik dari semalam.. sebab semalam hidup aku mmg bosan gile... aku pun x tau dah macam mana nak bagi entry ni jadi menarik.. sbb dah tanya dah mak cik jual karipap, uncle jual aiskrim, pak cik jual jagung.. diorang kata mana bole bgtau mcam mana nak tulis blog dengan baik.. sendiri mau belajar la bro..

Jumpa lagi next entry la.. :D
Kenapa tulisan ni warna hijau.. biarla sejuk sikit hati ni nak membace.. kalo x terbakar sesaje..



Sabar je la~

Aduh~ ni yang ak nak mengeluh ni.. benda kecik je pun.. tu pun nak wat jadi teruk.. ok sekarang biar benda ni jadi teruk.. ikut AKU.. ok xpe sekarang memang ak nak wat ikut aku.. setakat nak melawak.. bergurau je pun.. tu pun nak melenting? c'mon la.. ape bende.. ckap cam ape gi.. arggh.. tnak la ckap banyak.. sabar je la kan.. sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..sabar.. sabar.. sabar.. sabar..

cukup lah tu kan.. stop la sekejap.. pning dah kepala ak.. ptut la arini ak bosan mcam nak mati dah,... bukak fb.. bukak twitter.. tulis blog.. uplod video kat youtube.. semua psal nak lupakan.. cukup la tu sabar ak...

tpi x pe bia la ak simpan je.. bukan masalah besar pun kan.. ak sendiri kate ni bnde kcik..

Friday, 2 December 2011

Untuk awak ni!!


Alhamdulillah.. bole la jugak kan tunaikan janji. terima la lagu ini yg bertajuk........ JANJI

Mintak maaf la ye kalo saya ada janji apa-apa tapi x ditunaikan.. jgn sedih-sedih..
Wah mula-mula ni semangat je kan nak update blog...? Pastu dah lama bosan la sudah kan.. Nak wat camne,laen kalo dapat duit je kan wat bnde ni.. bwu la best ni.. (gila materialism gle la..==')

Tapi tak apa.. berbalik kepada tajuk di atas.. jangan lah nak salah faham.. aku tak merungut pun dengan agama Islam.. sesungguhnya Islam itu agama yang syumul.. tidak tertinggal satu perkara pun dalam hidup kita ni yg tidak di ambil berat oleh Islam.. segalanya ada landasannya.. dan ikut la landasan itu dengan betul dan istiqamah(berterusan).. 

Landasan? seperti apa yg kita semua tahu agama Islam itu sendiri mempunyai 4 mazhab.. dan banyak pegangannya.. kenapa perlu dibahagi-bahagi sedangkan semuanya tetap Islam juga..? terdapat satu kisah yang dapat menerangkan kita mengenai hal ini.. pada suatu petang, duduklah seorang imam ini bersama dengan seorang lelaki lain sambil minum-minum.. sama seperti kita orang yang duduk dengan imam itu terlintaslah satu soalan yang sama.. KENAPA ISLAM INI TERBAHAGI? Dengan tenang imam itu menjawab.. adakah kamu minum tadi  menggunakan gelas? Orang itu menjawab ya! sudah semestinya.. begitulah juga Islam.. Islam itu diibaratkan air yg di dalam balang yang besar.. jadi untuk kamu meminumnya.. kamu mesti menuangkan air ke dalam dahulu sebelum kamu dapat meminumnya.. barulah orang itu faham kenapa Islam itu terbahagi kepada banyak bahagian.. tidak silap aku, syaitan terbahagi kepada 71 golongan.. manusia terbahagi kepada 72 golongan.. jin pula terbahagi kepada 73 golongan..

Dalam 72 golongan manusia tu hanya satu golongan sahaja yang akan diterima Allah segala amalannya.. Kita patut doakan yang kita berada dalam golongan itu.. Amin~
Dan tajuk di atas juga berkaitan dengan sebuah buku.. buku ini menerangkan bagaimana untuk kita sebagai muslim perlu hidup dengan etika yang betul.. dan petang semalam aku berbincang bersama kawan-kawan dan naqib usrah..

Kami bincangkan bagaimana untuk menjadi seorang muslim di sudut ahhlak dan kita perlulah:
  1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhah.
  2. Menundukkan pandangan.
  3. Memelihara lidah.
  4. Malu.
  5. Lemah lembut dan sabar.
  6. Bersifat benar dan jujur.
  7. Tawaduk.
  8. Menjauhi perbuatan sangka buruk,mengumpat,menjejak keburukan orang lain.
  9. Pemurah.
  10. Qudwah hasanah.
Harap hasil nukilan ini dapat memberi peringatan kepada orang lain pada satu hari nanti.. Kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah, dan sesiapa yg mempunyai ilmu tapi tidak dimanfaatkan dia akan disiksa terlebih dahulu di akhirat kelak berbanding orang yang menyembah berhala..

Berkata Saidina Ali:
Ilmu itu ibarat pemimpin dan amal itu adalah pengikutnya

Sesungguhnya segala di atas ditulis dengan ape yang ada.. Jika ada kesilapan di atas mungkin akan diperbetul kemudian.. Ilmu masih kurang tapi bukan alasan untuk kita berkongsi.. 

Simpang 99..

ok~ ak rase mcam ape ntah mlam ni.. nak mintak cahaya.. mana ade cahaya secerah matahari kan.. tapi ape la nak kesah.. bole je hidup kalo dalam kesamaran..

 aku kat tempat gelap daa~

Pertama-tama sekali sebenarnya aku dah wat satu entry tdi.. Tapi disebabkan masalah internet.. adui x bole nak post pun adoi.. Dan sekarang pun masih mempunyai masalah yang sama.. Apa-apa pun tdi dah baca dah kisah dongeng dari kawan saya yang saya RINDU sama dia.. (nanti kalo ak ckap ang ckap ak tipu pulak..) Terima kasih banyak-banyak pada awak.. Entry dia menimbulkan banyak persoalan di minda aku..

Berbalik kepada tajuk sebelum nak merapu,merepek,melalut,mentekedarah! SIMPANG 99.. Pernh ke dalam dunia ni orang jumpa simpang 99? Paling banyak pun simpang lima je kat Parit Buntar,Perak.. Sebenarnya aku keliru.. Hidup ni kadang-kadang, bukan kadang-kadang la.. Memang kita mana la bole nak baca isi hati manusia.. Dan sekarang memang aku terasa macam tengah berada kat simpang itu.. Macam mana aku nak lintas.. Perlukah aku menunggu giliran lampu insyarat atau langgar je la kan? kalo tunggu belum tentu lagi bila aku bola nak lintas.. kalo langgar ada banyak kemungkinan.. Sama aku bole kemalangan kat situ, kena saman ngan polis, ataupun kalo dah memang rezeki aku lepas je dari situ..(tgk ak dah merapu)

Tapi senang je nak selesaikan masalah ni.. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan.. Setakat masalah kecil tu apa la sangat.. tiup je pun bole ilang kan..

Akhir kata saya doakan seorang kawan saya ni bahagia dengan hidup dia sebab dulu saya tak dapat nak bahagiakan hidup dia.. Jangan la nak sedih-sedih sebab tak best kan kalo sedih ni.. (aku pun bukan la nak bahagia mana..) Aku dah rekod lagu janji dengan muzik background lagi.. Kalo ada rezeki bole la di upload di masa hadapan.. byebye..

Assalamulaikum..
nanti aku post la lagi ye.. xde idea nak merapu lagi.. :D